Thursday 18 July 2019

TIPS MEMILIH TILAM HOTEL TERBAIK

Tilam Hotel

TIPS MEMILIH TILAM HOTEL YANG BAIK
tilam hotel terbaik






FABRIK 'FR'
Jika kita lawati kebanyakkan hotel, kebanyakkan hotel menggunakan tilam jenis fabrik tilam berbelang. Fabrik ini dipanggil 'FR' iaitu 'Fire Retardent Fabric' fabrik yang direka untuk melambatkan proses pembakaran berbanding fabrik biasa

FABRIK YANG LEBIH TEBAL
Oleh kerana tilam hotel digunakan sangat kerap, maka jenis fabrik mestilah tebal dan lasak. FUZI DREAM menggunakan fabrik tilam berketebalan 230gsm dan kebanyakkan tilam hotel di pasaran kebanyakkan menggunakan fabrik sekitar 140gsm-160gsm. Kain jenis 'soft knitted' tidak sesuai digunakan di hotel. Kerana ia lembut tidak sesuai digunakan dengan kasar.

Tilam Hotel Murah


KONTUR / STRUKTUR PERMUKAAN TILAM DENGAN LEKUK LEBIH TEBAL DAN TINGGI
Struktur permukaan tilam hotel perlu mempunyai lekuk / struktur yang lebih tebal dan tinggi. Ciri-ciri sebegini akan menghasilkan lubang pengudaraaan yang lebih baik. Tilam akan mempunyai laluan udara yang lebih besar dan akan menjadikan tilam ini lebih sejuk dan selesa.

Pembekal Tilam Hotel


SPRING JENIS KERAS DAN LASAK
Apa pun jenis spring yang dihasilkan oleh kilang, spring yang terbaik untuk tilam hotel ialah spring yang tidak mudah tenggelam. Mitos penggunaan spring jenis 'Pocket Spring' adalah spring terbaik adalah tidak benar sama sekali. Perlu diingat penerimaan badan seseorang adalah berbeza untuk mana-mana tilam. Spring jenis pocket spring lebih bersifat lebut kerana disusun secara berasingan (individual). Pengguna berbadan gempal tidak sesuai untuk spring jenis ini. Oleh itu spring yang terbaik untuk tilam hotel ialah spring dengan gelungan yang padat, disusun mengikut 3 peringkat

Tilam Hotel Dreamland


TEBAL TILAM SEKURANG-KURANGNYA 11 INCHI
Kebanyakkan hotel menggunakan katil jenis Divan atau katil kotak. Kebanyakkan katil ini mempunyai tinggi 8-10inchi dari lantai. Jaraknya agak rendah dari lantai. Oleh itu penggunaan tilam hotel yang terbaik ialah tilam hotel yang mempunyai tebal sekurang-kurangnya 11inchi. Ketinggian seperti ini akan memudahkan pengguna bangun dari katil.


tilam-hotel-murah

tilam hotel dreamland

pembekal tilam hotel

tilam-hotel-online



TILAM HOTEL FUZI DREAM, SIAPA FUZI DREAM?
FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD ialah pembuat tilam ditubuhkan semenjak tahun 1991. Pada peringkat permulaan penubuhan FUZI DREAM telah membuat banyak tilam asrama di seluruh semenanjung Malaysia untuk kegunaan IPTA. 

Antara tilam keluaran terbesar kilang FUZI DREAM ialah tilam high resilient foam, tilam sabut kelapa, tilam hospital, tilam lipat, tilam hotel , tilam high compressed rebond dan banyak lagi. Tilam asrama FUZI DREAM kini telah membanjiri banyak pasaran di dalam negara.

Banyak tilam keluaran FUZI DREAM telah melalui beberapa ujian khas daripada SIRIM. Kini, pihak FUZI DREAM sebenarnya boleh membincangkan secara teknikal setiap jenis tilam, material dan kegunaannya.

Jika berminat dengan produk Tilam Fuzi Dream sila hubungi;

FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD
Factory & Warehouse
4712-4716 Kawasan Industri
Kg Lee Kim Sai,
Jalan Besar Ipoh-Rawang
48000 Rawang
Selangor

Lawati Website Kami :